(Video) Hantu Raya Jadi ‘Hunt Two Ray Yeah’, ‘Mat Saleh’ Ini Cuba Sebut Nama-Nama Hantu Melayu Bikin Ramai Terhibur

Seperti yang kita ketahui, setiap masyarakat mahu pun bangsa di dunia ini semestinya mempunyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri.
Bagi masyarakat di Malaysia pula, dalam kepercayaan kewujudan hantu mengikut perspektif kebudayaan kita, terdapat pelbagai hantu yang wujud dan sering diceritakan tentang kisah-kisahnya antaranya ialah pontianak, toyol, orang minyak dan pelbagai lagi.
Nama-nama hantu ini sudah biasa didengari dan disebut dalam masyarakat kita. Namun begitu, bagaimanakah jadinya jika nama-nama hantu ini disebut oleh seseorang yang bukan berasal dari negara kita.
Satu akaun TikTok bernama @asapvyom telah memuat naik video caranya menyebut nama hantu-hantu ini. Namun begitu, caranya menyebut nama-nama hantu ini agak berbunyi ‘pelik’ sedikit.
Antara nama-nama hantu yang disebutnya adalah Penanggal, Pocong, Toyol, Orang Minyak dan banyak lagi.
@asapvyom Reply to @itzzrayyan_17 Pronouncing Malay Ghost names #ghost#malay#foryou
Antara salah satu sebutan nama hantu yang menarik perhatian adalah Pocong. Manakan tidak, dia telah menyebut pocong kepada ‘pokong’ mengikut tatabahasa bahasa Inggeris.
@asapvyom
Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur kerana cara sebutannya agak melucukan.
Sumber: TikTok
The post (Video) Hantu Raya Jadi ‘Hunt Two Ray Yeah’, ‘Mat Saleh’ Ini Cuba Sebut Nama-Nama Hantu Melayu Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.
No comments: