(Video) China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu, Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut
China pertama kalinya kongsi rakaman video pertempuran bersama tentera India di sempadan yang menjadi pertikaian dua negara tersebut pada bulan Jun tahun lalu.
Menurut maklumat, seramai empat tentera China terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran ganas tersebut. Dalam pertempuran yang sama juga telah mengorbankan seramai 20 tentera India. Sebilangan tentera yang maut akibat cedera kerana tidak mendapatkan rawatan segera waktu itu.
Maklumat terperinci yang berlaku pada bulan Jun tahun lalu di lembah Galwan telah diperincikan pada Jumaat lepas bagi memberi penghormatan kepada lima anggota tentera tersebut.
Lima tentera PLA dikatakan sebagai ‘pahlawan mempertahankan sempadan’ oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China.
Rakaman yang dikongsikan ini jelas menunjukkan pertempuran jarak dekat oleh kedua-dua pihak. Kejadian ngeri ini menjadi sejarah ‘gelap’ dan terburuk buat dua negara besar tersebut.
Sumber: South China Morning Post
The post (Video) China Dedah Rakaman Pertembungan Dengan Tentera India Jun Lalu, Dianggarkan Lebih 20 Orang Maut appeared first on Siakap Keli.
No comments: