(Video) Boleh Lapor Pada Polis Jika Jiran Buat Bising, Ganggu Ketenteraman Awam – Abang Polis
Kalau dah nama hidup berjiran ni mestilah kena bertolak ansur antara satu sama lain. Barulah hidup berjiran sentiasa positif dan saling membantu jika kita dalam kesusahan.
Tapi tidak dinafikan juga jika ada sesetengah orang terpaksa berhadapan dengan jenis jiran yang tiada rasa hormat. Antaranya membuat bising atau buat apa saja tanpa pedulikan keselesaan jiran yang lain. Jika korang berdepan dengan situasi ini, apa yang korang akan lakukan?
Jadi, menerusi laman Tiktok Ayahlzz yang merupakan seorang anggota polis menjelaskan bahawa jika berlaku situasi seperti jiran mebuat bising, orang awam boleh sahaja membuat laporan di mana-mana Balai Polis berdekatan.
Kes seperti ini adalah menganggu ketenteraman awam. Jadi, kepada sesiapa yang berdepan dengan situasi ini, jangan sesekali takut segeralah membuat laporan.
@ayahizz Reply to @faraemila
Sumber: Ayhlzz
The post (Video) Boleh Lapor Pada Polis Jika Jiran Buat Bising, Ganggu Ketenteraman Awam – Abang Polis appeared first on Siakap Keli.
No comments: