Ads Top

Selepas Mendirikan Rumah Tangga, Kini Syanie Ambil Keputusan Untuk Bertudung

Selain mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada 19 Februari lalu, pelakon dan ahli perniagaan Syanie Hisham turut mengambil keputusan untuk bertudung pada tarikh berkenaan.

Menurut Syanie, keputusan itu sebenarnya sudah disuarakan kepada suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor sejak tahun lalu.

“Saya ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) tentang keputusan mahu bertudung dan dia ada bertanya bila saya akan ke arah itu. Saya hanya jawab belum pasti bila akan bertudung.

“Bagaimanapun, saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan dan dia individu yang paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

Ujar peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu, dia harus menjaga batas dan maruah suaminya.

Dalam pada itu, Syanie memberitahu bahawa imejnya itu tidak menjadi masalah untuk filem Hantu Kuat Ketawa yang bakal dilakonkannya.

“Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang mahukan watak bertudung.

“Jadi, saya okey saja dan InsyaAllah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Sebenarnya saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu,” jelasnya.

Menurut Syanie, sejak zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, dia memang terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. – KopiPlanet.com

The post Selepas Mendirikan Rumah Tangga, Kini Syanie Ambil Keputusan Untuk Bertudung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.