Ads Top

Samsons Pilih Jika Nanti Jadi Single Pertama Untuk Album V

Bersempena dengan kehadiran mereka dalan industri nyanyian selama 17 tahun, kumpulan terkenal Indonesia iaitu Samsons baru sahaja melancarkan album kelima mereka baru-baru ini berjudul V.

Apa yang membuatkan album berkenaan cukup istimewa kerana ia melibatkan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra dalam semua lagu.

Untuk album V ini Samsons mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest, terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), tujuh orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), tujuh orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Dalam album V, terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka. Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single iaitu Ternyata cinta, Tuhan tidak pernah salah, I Love U, Cinta Mati dan juga Jika Nanti yang dipilih sebagai single pertama.

“Lagu Jika Nanti menjadi trek fokus untuk album V memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu.

“Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara,” kata ahli kumpulan Samsons, Irfan Aulia Irsal.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album berkenaan dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu.

Pada tahun 2021, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu Kenangan Terindah, lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini,

Sempena meraikan 15 tahun lagu Kenangan Terindah, Samsons akan memberi kejutan kepada pendengarnya. – KopiPlanet.com

The post Samsons Pilih Jika Nanti Jadi Single Pertama Untuk Album V appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.