Ads Top

Penyabar, Penyayang & Kelakar Serta Dorong Ke Arah Keagamaan Buat Hannah Delisha Pilih Imam Shah Jadi Suami

Pelakon Hannah Delisha mengakui sikap penyabar, penyayang dan kelakar serta mendorong dirinya ke arah keagamaan membuatkan dirinya terbuka untuk memilih Imam Shah menjadi suami.

Hannah berkata, dia telah lama mengenali suaminya itu sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun dahulu.

“Hannah kenal Imam masa kami terbabit dengan sebuah drama episod yang bertajuk Faculty di Singapura lima tahun lepas. Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar.

“Dialah yang sebenarnya banyak mendorong Hannah untuk lebih cenderung ke arah keagamaan dan Alhamdulillah Hannah yang sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, Hannah mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Singapura tersebut.

Mengenai perkahwinannya yang dilihat berlangsung secara mengejut, pelakon itu memberitahu dia sebenarnya merupakan seorang yang sangat menjaga privasi terutama tentang hal yang bersifat peribadi.

Ujarnya, selama ini dia memang tidak berkongsi di media sosial tentang hubungan percintaaan mereka.

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah Hannah nak post dalam media sosial yang Hannah bercinta selama ini,

“Sebab Bagi saya biarlah kita sah dahulu barulah kita nak share. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon itu memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan teruslah menyokong kerjaya seninya. – KopiPlanet.com

Dalam pada itu, mengenai perkembangan dirinya, Hannah menyatakan pada tahun ini fokusnya akan lebih banyak ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube.

“Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah dan untuk bidang lakonan saya takkan tinggalkannya. Cuma saya akan lebih memilih naskhah yang sesuai dengan penampilan sekarang.

“Selain itu, saya pun akan busy sikit dengan business baru dan InsyaAllah tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia.

“Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan design. Saya jangkakan insyaAllah kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Penyabar, Penyayang & Kelakar Serta Dorong Ke Arah Keagamaan Buat Hannah Delisha Pilih Imam Shah Jadi Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.