Ads Top

Janna Nick Akui Kontroversi Yang Timbul Beri Kesan Kepada Kerjaya, Mahu Buat Tuntutan Pampasan

Pelakon Janna Nick mengakui kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini telah memberi kesan terhadap kerjayanya.

Janna berkata, menerusi peguamnya dia telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Seperti yang dinyatakan oleh peguam saya, ia memberi kesan dan sebab itu kita mengambil tindakan untuk membuat tuntutan pampasan.

“Tindakan berkenaan dibuat terhadap individu yang telah memulakan provokasi berkenaan sehingga menjadikan isu ini sangat besar dan tidak dapat dikawal oleh pihak saya,” jelasnya menerusi satu sidang media virtual yang berlangsung hari ini.

Pelakon berkenaan sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan tidak menghormati seorang artis Kpop iaitu mendiang Kim Jong-hyun dengan panggilan ‘si mati’ menerusi satu video permohonan maaf.

Sementara itu, peguam Janna Nick Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates menjelaskan penggunaan ‘si mati’ adalah kata ganti nama yang digunakan secara meluas terutama dalam prosiding dan perintah mahkamah.

“Penggunaan kata ganti nama ‘si mati’ bagi merujuk kepada individu yang telah meninggal dunia secara sopan dan rasmi.

“Oleh itu, ingin saya nyatakan kepada semua bahawa tindakan anak guam saya yang dilihat sedang ketawa dalam video tersebut bukanlah mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan kematian mendiang Jong-hyun sebagaimana yang dituduh dan disebar secara meluas,” jelasnya.

> Baca: Janna Nick Buat Laporan Polis Terhadap Mereka Yang Cetuskan Fitnah Dan Provokasi Terhadap Dirinya

Selain itu, Janna juga berhadapan dengan kontroversi mengenai penggunaan nama ‘Lisa Blackpig’ sehingga mencetuskan kemarahan peminat artis Kpop berkenaan.

Dalam pada itu, mengenai isu berkenaan pula, pelakon itu mengambil pendekatan untuk membuat permohanan maaf.

“Saya sebagai pengarah dan producer untuk telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati tentang caption tersebut,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Janna telah membuat laporan polis setelah mendapat terdapat pihak yang mencetuskan kontroversi terhadap dirinya. – KopiPlanet.com

The post Janna Nick Akui Kontroversi Yang Timbul Beri Kesan Kepada Kerjaya, Mahu Buat Tuntutan Pampasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.