Ads Top

“Harap Dia Menyukainya,” Wanita Hadiahkan Foto-Foto Gadis Yang Pernah Suaminya ’Like’ Di Media Sosial

Seorang wanita telah mendapat gelaran sebagai ‘The Queen of Petty’ oleh pengguna media sosial selepas dia memberikan suaminya hadiah berbentuk cetakan foto-foto wanita yang pernah suaminya itu likes di Instagram sempena Hari Kekasih.

Pengguna TikTok itu yang dipercayai berasal daripada Amerika Syarikat, video lucu yang dikongsikan wanita itu telah memperoleh lebih daripada 4.4 juta tontonan.

“Apa yang anda hadiahkan kepada lelaki anda sempena Hari Kekasih ini?” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Pada mulanya, tidak berapa jelas berkenaan apa benda yang hendak diberikan wanita itu kepada suaminya, kerana dia telah membungkus hadiah itu menggunakan kertas merah dengan rapi.

“Oleh kerana semua orang berkongsikan tentang apa yang mereka perolehi sempena Hari Kekasih, saya juga akan berkongsikan hadiah saya,” katanya.

“Saya berikan suami saya kotak kecil yang comel ini kepada suami saya dan mengisinya dengan gambar-gambar semua gadis yang disukainya di Instagram. Harap dia menyukainya!” tambahnya.

Ramai memuji serta menggelarnya dengan julukan ‘queen of petty’ dan mengucapkan terima kasih atas ideanya yang bernas itu.

“Dia memang suka gambar-gambar tersebut, pastinya dia akan menyukai hadiah itu,” kata seorang warganet.

“Kalau saya, saya perlukan kotak yang lebih besar,” gurau seorang warganet.

“Terima kasih untuk idea tersebut. Dia pastinya akan gembira,” ulas seorang warganet.

Sumber: Daily Mail

The post “Harap Dia Menyukainya,” Wanita Hadiahkan Foto-Foto Gadis Yang Pernah Suaminya ’Like’ Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.