Ads Top

Dayang Nurfaizah Rasa Syukur Album Belagu Di Tangga Teratas Carta iTunes Selepas Dua Jam Dilancarkan

Dayang Nurfaizah tidak menyangka album klasik terbaru yang dihasilkan, Belagu berada di tangga nombor satu carta Itunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam ia diedarkan hari ini.

Meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sambutan hebat tersebut, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menyatakan rasa terharu dengan sambutan hangat diberikan pendengar dan peminat muzik tempatan.

“Dayang diberitau pengurus, Sharina Ahmad bahawaBelagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam tadi dan dua jam selepas itu ia berada di tangga nombor satu di carta album paling laris jualan di Itunes Apple Store.

“Alhamdullilah, ternyata segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini begitu berbaloi. Malah, apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik,” katanya.

Album Belagu yang menghimpunkan khazanah lagu terbaik tempatan dan nusantara dan diberikan nafas baru oleh Dayang, mula diedarkan hari ini.

Dayang berkata, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album Belagu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Pada masa sama, penyanyi itu merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian menghasilkan Belagu terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Album berkenaan menghimpunkan lagu klasik antaranya Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga.

Lebih menarik lagi, penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut membuat kemunculan istimewa dengan mendendangkan lagu Gurindam Jiwa yang dinyanyikan secara duet bersama Dayang.

Album Belagu berupa projek khas Dayang yang mana kerja-kerja rakaman dilakukan secara langsung dengan studio khas dibina dalam sebuah gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun persediaan awal dalam merancang rakaman dapat dilakukan dengan sempurna telah berlangsung sepanjang tahun lalu.

Album berkenaan diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Selain iTunes, Belagu juga boleh didengari di semua platform digital dan ia turut hadir dalam bentuk cakera padat (CD) edisi terhad dan menyaksikan pra-tempahan di dayangnurfaizah.com untuk CD tersebut sudah pun habis dijual. – KopiPlanet.com

The post Dayang Nurfaizah Rasa Syukur Album Belagu Di Tangga Teratas Carta iTunes Selepas Dua Jam Dilancarkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.