Ads Top

Bakal Tambah Cahaya Mata, Sari Yanti Sahkan Dirinya Kini Sudah Berbadan Dua

Pelakon popular Sari Yanti yang juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil .

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan di Insta Story miliknya ketika menjawab pertanyaan seorang peminat.

“Lebih daripada 50 peratus soalan ni. Iya betul kakak Sari pregnant. Alhamdulillah,” jelasnya.

Sari Yanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan kini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariyana Inara dan Muhammad Khidir.

Sebelum ini, Sari Yanti juga sudah memiliki dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

The post Bakal Tambah Cahaya Mata, Sari Yanti Sahkan Dirinya Kini Sudah Berbadan Dua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.