Jokowi Minta Pembinaan ‘Tol Langit’ Ditingkatkan, Mahu Rakyat Dapat Manfaat Akses Digital Sepenuhnya
Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta agar pembangunan tol langit Palapa Ring dipertingkatkan, lapor Kompas.com.
Menurutnya, utiliti infrastruktur ini hanya baru mencapai 50 peratus, atau mungkin kurang dari itu.
“Utiliti Palapa Ring harus ditingkatkan, jangan hanya sebanyak 50 peratus sahaja, penggunaan di Indonesia tengah dan timur yang masih sekitar 20 peratus juga perlu dilanjutkan,” katanya.
Jokowi meminta Menteri Komunikasi dan Informatika (Menkominfo), Johnny G Plate untuk memastikan bahawa projek itu berjalan lancar dan tidak berhenti separuh jalan.
“Ia bagi memastikan pelaburan besar di Palapa Ring dapat dimanfaatkan dengan segera oleh semua rakyat, mereka sangat memerlukannya dalam keadaan pandemik ini,” katanya.
Tol langit Palapa Ring merupakan salah satu infrastruktur internet yang dirasmikan kerajaan negara itu pada Oktober 2019.
Walaupun disebut sebagai tol, Palapa Ring sebenarnya merupakan sebuah projek jaringan fiber optic yang bertujuan memudahkan akses digital.
Menurut Jokowi, selain Palapa Ring, kerajaan juga telah bekerja keras membangunkan sambungan digital melalui pelbagai program sejak lima tahun lalu seperti menyediakan satelit pelbagai fungsi Satria dan membangunkan menara-menara base transceiver station (BTS).
Tambahnya lagi, transformasi digital adalah penyelesaian cepat dan strategik untuk membawa Indonesia menuju masa hadapan, namun katanya sangat penting untuk mewujudkan kedaulatan dan kemandirian digital.
Sumber: Kompas.com
The post Jokowi Minta Pembinaan ‘Tol Langit’ Ditingkatkan, Mahu Rakyat Dapat Manfaat Akses Digital Sepenuhnya appeared first on Siakap Keli.
No comments: