Diganggu Lelaki Tidak Dikenali Selama Berbulan-Bulan, Intan Najuwa Akhirnya Buat Laporan Polis
Pelakon popular, Latin Intan Najuwa mendedahkan bahawa dia telah membuat satu laporan setelah menjadi gangguan siber.
Dalam satu perkongsian di aplikasi Threads, dia telah diganggu seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan akaun palsu.
“Anda semua tak perlu layan orang yang kurang siuman itu di Threads, okey. Saya sudah pun membuat laporan polis.
“Individu di sebalik akaun tersebut sebenarnya adalah seorang lelaki. Dia sudah mengganggu saya selama berbulan-bulan,” tulisnya.
Tegas Intan, tindakan lelaki berkenaan yang agak lama itu dianggap melampaui batas.
Pada masa sama, pelakon berkenaan menyatakan dia membuat laporan polis kerana bukan sahaja diganggu di media sosial, tetapi turut menghubungi pejabat setiap hari untuk mengganggunya.
“Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Jadi, saya telah memutuskan untuk membiarkan pihak berkuasa mengendalikan kes ini sekarang,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, seorang individu yang menggunakan akaun palsu di Threads mendakwa Intan sering menyusahkan suaminya dengan pelbagai permintaan mewah selain turut menggunakan kata-kata kesat kepada lelaki itu. – KopiPlanet.com

The post Diganggu Lelaki Tidak Dikenali Selama Berbulan-Bulan, Intan Najuwa Akhirnya Buat Laporan Polis appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: