(Video) Kantoi Curang, Wanita Hias Bilik Pasangan Dengan Mesej-Mesej ‘Menggatal’ Dengan Perempuan Lain
Seorang teman wanita yang mendapati bahawa teman lelakinya mencuranginya telah memutuskan untuk menghiasi biliknya dengan semua mesej yang dihantar teman lelakinya itu ke wanita lain.
Wanita tersebut menyatakan bahawa dia telah menjumpai mesej yang dikirim oleh bekas teman lelakinya itu kepada bukan satu, tetapi kepada tiga wanita berbeza.
Setelah perbuatannya itu terbongkar, wanita tersebut telah memutuskan untuk berpisah dengan teman lelakinya itu dengan cara yang terbaik sambil membalas dendam dengan cara yang kreatif.
Dia juga turut memuat naik satu video di TikTok dan berkata: “Saya telah mendapat tahu bahawa teman lelaki saya telah mencurangi saya selama empat hari.
“Dia telah curang bukan satu, bukan dua, tetapi bersama tiga wanita yang cantik.
“Jadi dalam masa empat hari itu saya telah mengumpulkan semua bukti yang saya dapat dan memutuskan untuk menjadikannya wallpaper yang cantik ini.”
Wanita itu telah mencetak semua screenshot mesej teman lelakinya, dan mencetaknya di kedai.
Kemudian dia telah menghabiskan selama beberapa jam berikutnya untuk tampal semua mesej tersebut di dinding bilik bekas teman lelakinya itu.
Tambahnya: “Saya mengambil masa sekitar dua jam untuk gam kesemua bukti ke dindingnya. Namun saya rasa ianya sangat berbaloi.
“Inilah hasil akhirnya. Seperti yang anda boleh lihat, ianya adalah suatu karya agung yang saya pasti dia akan menyukainya.
“Saya juga turut mendapatkannya cermin, kerana dia mungkin tidak akan dapat tengok dirinya selepas ini.
“Kini mana-mana gadis yang datang akan tahu bahawa dia curang.”
Dia telah memfilemkan hasil akhirnya dengan menunjukkan keseluruhan dindingnya yang dilitupi dengan kertas.
Penghujungnya dia telah memutuskan untuk tidak berada di sana ketika dia menemui bekas teman lelakinya itu tetapi memberitahu bahawa dia mempunyai ‘kejutan’ untuknya di biliknya, sebelum block dalam semua bentuk komunikasi.
Dia mendedahkan bahawa bekas teman lelakinya itu terus berusaha untuk menghubunginya dari nombor yang berbeza, dan menambah bahawa teman lelakinya itu tidak langsung meminta maaf dalam mel suara yang ditinggalkan.
Tambahnya: “Dia 100% telah menidakkan segala-galanya. Tak minta maaf langsung.”
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Difahamkan video tersebut telah mendapat lebih tujuh juta tontonan daripada warganet.
@lovetruthink Cheater cheater pumpkin eater PART 2! #fyp #boyfriends #girlfriend #couplegoals #cheater #snowstorm #colddays #diy #craft #viral #lgbt
Sumber: The Sun
The post (Video) Kantoi Curang, Wanita Hias Bilik Pasangan Dengan Mesej-Mesej ‘Menggatal’ Dengan Perempuan Lain appeared first on Siakap Keli.
No comments: