Ads Top

Zahirah MacWilson Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki 5 Januari Lalu

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson kini bergelar ibu dan bapa setelah dikurniakan cahaya mata lelaki.

Perkara tersebut dikongsikan oleh kedua-duanya menerusi Instagram masing-masing hari ini.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021 anak lelaki kami yang pertama dilahirkan pada pukul 2.26 petang.

“Kami begitu terharu dengan semua pengalaman dari bilik bersalin sehinggalah menjadi ibu dan ayah,” tulisnya.

Menurut kedua-duanya, perjalanan menjadi ibu dan ayah merupakan satu keberkatan yang terbesar.

“Kami sangat gembira dapat merasai setiap saat yang istimewa. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. – KopiPlanet.com

The post Zahirah MacWilson Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki 5 Januari Lalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.