(Video) Bangunan Pejabat Gabenor Roboh, 3 Maut & 24 Cedera Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Sulawesi
Seramai tiga orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi di Sulawesi, Indonesia, lapor Republika.co.
Badan Pengurusan Bencana (BPNB) negara itu melaporkan bahawa setakat ini seramai 24 orang dilaporkan mengalami kecederaan dan ada kemungkinan jumlah tersebut akan meningkat.
Tambah BPNB lagi, kira-kira 2,000 orang juga terpaksa dipindahkan akibat bencana alam itu.
Menerusi laporan Harian Kompas, gempa berkekuatan 6.2 skala Richter yang berlaku di Mejene dan Mamuju, Sulawesi Barat, itu juga menimbulkan banyak kerosakan bangunan termasuk Pejabat Gabenor Sulawesi Barat.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengesahkan bahawa gempa bumi tersebut berpusat sekitar 6 kilometer timur laut bandar Majene.
Pusat gempa Majene kali ini sangat berdekatan dengan sumber gempa yang mencetuskan tsunami pada 23 Februari 1969 dengan kekuatan 6.9 skala Richter pada kedalaman 13 kilometer.
Semalam, gempa bumi 5.9 skala Richter juga dilaporkan telah berlaku di Sulawesi.
Tanah Longsor Akibat Gempa Di Sulawesi Barat 6.2 sh, Semoga Allah melindungi dan menguatkan Saudara-Saudara kita yang sedang menghadapi ujian.pic.twitter.com/YDBChsD1it
— Kang Dien (@Udien_Marbot) January 15, 2021
Kantor Gubernur Sulawesi Barat roboh akibat gempa stay safe sulawesi barat #prayforsulbar #gempa pic.twitter.com/gYGjO7mcrL
— alip (@bangdaenggg) January 14, 2021
Kantor Gubernur Sulawesi Barat di Mamuju yang rusak akibat gempa 6,2 M di Majene, Sulawesi Barat, Jumat (15/1/2021).
Foto: Akbar Tadohttps://t.co/L8w5mFp8dk pic.twitter.com/kFa30cHr4R
— antarafoto.com (@antarafoto) January 15, 2021
Warga melintasi jalan yang terhalang tiang listrik yang roboh akibat gempa 6,2 M di Mamuju, Sulawesi Barat, Jumat (15/1/2021).
Foto: Akbar Tadohttps://t.co/RoAsF5VG7E pic.twitter.com/zERWZiTSBi
— antarafoto.com (@antarafoto) January 15, 2021
Sumber: Republika.co, Harian Kompas
The post (Video) Bangunan Pejabat Gabenor Roboh, 3 Maut & 24 Cedera Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Sulawesi appeared first on Siakap Keli.
No comments: