Ads Top

(Video) Ada Kanak-Kanak Dalam Rumah, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Sekitar Kasut Undang Kerisauan

Satu rakaman video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook bernama WILD pastinya akan memberikan perasaan ngeri kepada anda.

Video tersebut memaparkan penangkapan seekor ular yang berwarna hitam daripada kasut dan timbunan barangan lain.

Menurut The Daily Telegraph, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Leppington, New South Wales, Australia pada 12 Januari lalu.

Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut, akaun Facebook terbabit menyatakan bahawa ular berkenaan telah masuk ke rumah itu untuk menyejukkan diri selepas suhu di barat daya Sydney pada hari selasa mencapai setinggi 30 darjah celsius.

Snake in the house!Leppington, NSWWe were called to a house in south west Sydney today to remove an adult Red…

Posted by WILD on Tuesday, January 12, 2021

Sumber: The Daily Telegraph

The post (Video) Ada Kanak-Kanak Dalam Rumah, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Sekitar Kasut Undang Kerisauan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.