Ads Top

Setahun Terpisah, Anak Dayah Bakar Akhirnya Boleh Jumpa Ayahnya Kali Pertama Di Australia

Setelah hampir setahun terpisah, personaliti TV, Nur Hidayah Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai Dayah Bakar, akhirnya tiba di Australia hari ini bersama anak lelakinya untuk bertemu semula dengan suami tercinta, Kapten Hanif Hamidi.

Dayah yang sebelum ini terpaksa mengandung dan membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami, terpisah dengan pasangannya pada awal tahun lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tuntutan Kapten Hanif kepada negara.

Menerusi perkongsian di Instaram rasmi Dayah Bakar dan Dayahlova, personaliti berusia 32 tahun itu membawa bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri untuk menetap bersama di sana.

Malah, ini merupakan  pertemuan secara fizikal buat kali pertama antara Kapten Hanif bersama anaknya sejak awal kehamilan sehingga Fahri sudah berusia empat bulan.

Mengiringi pemergian Dayah dan Fahri adalah ahli keluarga pengacara Borak Kopitiam TV3 itu yang turut hadir ke lapangan terbang sebelum mereka berlepas ke Australia.

Sad but happy to send Yayau and Fahri…

Saya akan merindui semua!

 

One step closer to baba!

Rata-rata peminat yang membanjiri runagan komen, turut mendoakan semoga Dayah dan Fahri selamat tiba di Australia dan bersatu bersama suaminya.

Malah, ada di antaranya merasa sebak melihat tangisan Dayah sebelum meninggalkan tanah air dan berjauhan dengan keluarga di Malaysia.

Terdahulu, video perpisahan terakhir Dayah Bakar bersama suaminya pada awal tahu lalu, pernah menjadi tular apabila mendapat 1.4 juta tontonan kerana begitu menyentuh hati ramai.

Dayah Bakar dan Kapten Hanif Hamidi berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram dayahbakar, dayahlova

The post Setahun Terpisah, Anak Dayah Bakar Akhirnya Boleh Jumpa Ayahnya Kali Pertama Di Australia appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.