“Saya Terdesak Nak Jimat,” Pemuda Kongsi Platform Murah Lagi Bjak ‘Renew Roadtax’ Dan Insurans Kereta
Siapa sangka sekecil-kecil virus boleh memberikan impak yang besar kepada manusia bahkan sehingga ‘menggoncang’ struktur ekonomi dunia.
Manakan tidak, ramai yang kini bergelut dengan masalah kewangan dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk meneruskan hidup.
Masing-masing mempunyai kisah kepayahan yang tersendiri, sama dengan Aiman Naim yang berkongsi mengenai keperitan yang dilaluinya dalam tempoh yang sukar ini.
Ketika pandemik memuncak beberapa bulan lalu, Aiman yang merupakan seorang ketua penyunting video terpaksa menerima hakikat apabila dibuang kerja daripada syarikatnya dan menganggur selama lima bulan sebelum mendapat kerja baharu.
Menurutnya, ia merupakan tempoh yang sangat mendebarkan dan meresahkan hatinya, apatah lagi bila memikirkan persaingan yang perlu dilaluinya dalam mencari pekerjaan.
“Setiap hari saya fikir, mana saya nak cari kerja, saya faham sekarang tidak banyak syarikat yang ingin cari pekerja dan itu sebenarnya yang membuatkan saya resah, saya memohon berpuluh jenis pekerjaan secara atas talian, baik dalam bidang saya mahupun bukan,” katanya.
Dalam tempoh ini, keadaan semakin sukar apabila perlu membayar banyak komitmen dalam satu-satu masa.
“Dan pada ketika itu jugalah, seolah-olah nasib malang menimpa saya apabila roadtax dan insurans bagi kedua-dua kereta dan motor saya akan tamat pada bulan itu.
“Otak saya fikir, mana saya nak dapat duit ni? Ada ke tempat yang saya boleh renew insurans kereta dan motor saya dengan harga yang murah?,” luahnya.
Kena pandai ‘risik-risik’
Namun, dalam setiap kesempitan pasti ada kemudahan, Aiman menemui satu platform atas talian yang boleh membantu menyelesaikan masalahnya.
Dia membuat pilihan yang bijak dengan menggunakan perkhidmatan perbaharui insurans secara online dan dapat harga murah.
Dia juga mengakui pada awalnya tiada sebarang niat untuk renew roadtax serta insuran kereta dan motornya.
“Bila tengok dekat Facebook saya nampak satu iklan tentang sebuah platform ni. Lepas saya tengok, saya rasa saya boleh jimat bila renew dekat sini. Saya tak tunggu lama, saya terus ‘risik-risik’ platform tersebut,” katanya.
Tambahnya, dia ‘tertaut’ untuk menggunakan platform Bjak.my yang memberikan tawaran yang sangat berguna untuknya.
Manakan tidak, Bjak.my bukan sahaja pantas dan mudah namun juga dapat menjimatkan wang.
“Kalau boleh jimat, buat apa tunggu lagi? Lagipun saya memang perlu menggunakan kereta pada ketika itu untuk membawa ibu saya ke hospital. Saya ada juga buat survey dekat beberapa platform lain sebelum itu, namun tak ada yang menawarkan penjimatan sebanyak Bjak.my.
“Saya tak boleh membazir, saya sangat terdesak untuk berjimat. Dan ini salah satu cara untuk berjimat iaitu dengan memilih tempat yang terbaik untuk saya renew roadtax dan insurans kenderaan saya,” katanya.
Walau apa jua keadaan, membayar roadtax dan insurans merupakan perkara penting yang perlu dilakukan jika menggunakan kenderaan , ia menjadi penyelamat masa hadapan untuk pengguna.
Dalam keadaan pandemik ini, kita perlu bijak mengatur kewangan termasuk bila tiba waktunya untuk membayar insurans, sama dengan apa yang dilakukan oleh Aiman.
Bjak.my platform nombor satu banding harga insurans
Menjadi platform banding harga insurans nombor satu di Malaysia, anda bukan sahaja boleh memperbaharui insurans malah roadtax juga, jadilah pengguna bijak dengan banding harga untuk dapat insurans murah.
Dalam keadaan pandemik sekarang ni, lebih baik segala urusan yang sepatutnya diselesaikan di kaunter hanya dilakukan di rumah sahaja bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan.
Diakses oleh lebih dari enam juta pengguna, Bjak.my merupakan platform mesra pengguna dan menawarkan 15 jenama insurans termasuk Etiqa, RHB, Takaful Malaysia, MSIG, Zurich dan Allianz.
Macam mana nak renew?
Untuk mendapatkan sebut harga bagi setiap kenderaan anda, masukkan saja butiran lengkap dan pilih sama ada untuk menerimanya melalui WhatsApp atau Emel. Jangan risau, ia akan dihantar dengan pantas.
Bila dah dapat sebut harga dan yakin dengan syarikat insurans yang dipilih, anda boleh meneruskan transaksi pembayaran, insurans akan diaktifkan serta-merta dan nota perlindungan akan dihantar melalui Emel atau WhatsApp.
Jangan lupa, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin depan atau servis penghantaran roadtax.
Jadi senanglah nanti, tak payah dah nak keluar dan penat-penat beratur untuk bayar insurans dan roadtax, masa pun jimat.
Anda juga boleh menjadi VIP Bjak untuk mendapatkan banyak manfaat.
Manfaat bila anda jadi VIP Bjak
- Khidmat tunda tanpa had
- Pertukaran tayar kecemasan
- Servis jumpstart kecemasan
- Pemeriksaan kereta
Tidak cuma itu, anda juga boleh mendapat akses kepada 24 jam perkhidmatan pelanggan jika anda menambah manfaat ini sebelum check out.
Ia adalah pakej VIP yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Apa tunggu lagi! Jadilah pengguna yang bijak dengan menggunakan Bjak.my untuk memudahkan urusan anda.
Kalau tak percaya, anda boleh lihat review di bawah ini. Kebanyakan dari mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Bjak.my.
Untuk maklumat lanjut dan melihat review pengguna Bjak.my yang lain, anda juga boleh melayari Bjak.my.
The post “Saya Terdesak Nak Jimat,” Pemuda Kongsi Platform Murah Lagi Bjak ‘Renew Roadtax’ Dan Insurans Kereta appeared first on Siakap Keli.
No comments: