Ads Top

Prudential Bekerjasama Dengan Kumpulan Muzik K-pop SuperM Untuk Melancarkan “Kita Boleh Sejahtera Bersama” (We Do Well Together)

Kuala Lumpur – Prudential Corporation Asia (Prudential) bekerjasama dengan kumpulan pop Korea (K-pop) terkenal SuperM untuk melancarkan kempen baharu – Kita BOLEH Sejahtera Bersama (We Do Well Together) – bagi menggalakkan warga Asia supaya kekal sihat dan cergas serta berseronok melakukannya.

Prudential teruja menjadi syarikat insurans hayat serantau yang pertama mengumumkan kerjasama dengan fenomena K-pop ini. Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh SM Entertainment dan Capitol Music Group, SuperM dianggotai tujuh penyanyi lelaki yang berasal daripada kumpulan K-pop terhebat dan diminati jutaan peminat di seluruh dunia. Pendekatan mereka yang positif dan bertenaga kepada muzik dan persembahan mencerminkan semangat “Kita BOLEH Sejahtera Bersama” Prudential yang meraikan dorongan dan semangat optimistik dalam generasi hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Corporation Asia, Nic Nicandrou berkata, “Prudential dan SuperM berkongsi matlamat bersama. Kami mahu mempromosikan kepentingan kekal sihat dan cergas, terutama sekali ketika waktu sebegini. Bersama, kami ingin memotivasikan orang ramai supaya mencapai kesejahteran dengan cara yang positif, proaktif dan menyeronokkan.”

Sebagai syarikat insurans terkenal yang memfokus kepada membantu orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kehidupan, Prudential telah menolong jutaan pelanggan di Asia dengan melindungi kesihatan mereka dan meningkatkan kekayaan mereka supaya mereka dapat mencapai matlamat hidup mereka.

“Selain menyediakan perlindungan, Prudential juga menawarkan khidmat kesihatan dan kesejahteraan yang holistik, menolong orang ramai mencegah dan melambatkan serangan penyakit. Kami melakukannya melalui aplikasi semua-dalam-satu kami, Pulse by Prudential serta pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan yang komprehensif terbaik dalam kelasnya bagi menolong orang ramai hidup sihat, sejahtera dan panjang umur. Kempen terbaharu yang menumpukan kepada kesihatan dan kesejahteraan ini mencerminkan komitmen kami yang berterusan untuk meletakkan pelanggan kami sebagai keutamaan dalam perniagaan kami,” tambah En. Nicandrou.

SuperM berkata, “Ketika dunia sedang menempuh waktu yang mencabar disebabkan pandemik, hasrat kami ialah untuk menyebarkan tenaga positif dan membantu seramai orang yang mungkin bagi mencapai bukan sahaja kesihatan fizikal yang baik, tetapi juga kesejahteraan mental. Kami berkongsi misi yang sama dengan Prudential untuk menolong meningkatkan kesejahteraan orang ramai dan mendorong semangat optimistik pada masa yang baik dan buruk. Melalui kempen ‘Kita BOLEH Sejahtera Bersama’, kami menyeru semua orang supaya sama-sama turut mencurahkan tenaga dan semangat ‘Kita BOLEH’ bagi mencapai matlamat hidup kita bersama.”

Sepanjang tahun 2021, Prudential dan SuperM akan mengadakan siri acara bagi memotivasikan orang ramai menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih sejahtera. Prudential akan memberikan maklumat lanjut mengenai aktiviti ini pada bulan-bulan akan datang.

Tonton video mengenai SuperM di sini.

The post Prudential Bekerjasama Dengan Kumpulan Muzik K-pop SuperM Untuk Melancarkan “Kita Boleh Sejahtera Bersama” (We Do Well Together) appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.