Kerja Dari Rumah Tapi Tak Ada Laptop? ‘Brader’ Ini Beli Tablet ‘Multitasking’ Harga Bawah RM500
Negara baru saja melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa hari lalu. Mesti ramai yang ditugaskan untuk bekerja dari rumah.
Bagi yang sudah ada komputer riba sendiri (laptop), mungkin tidak jadi masalah untuk ‘bertukar’ tempat kerja.
Tapi bagi yang selama ini bergantung dengan komputer milik syarikat di pejabat sahaja tanpa memilikinya sendiri, bagaimana?
Satu hal pula kan nak keluar duit untuk beli sekurang-kurangnya satu komputer sendiri untuk kegunaan kerja di rumah.
Harganya pula bukan murah untuk komputer jenis banyak fungsi. Tapi jangan risau, ada seorang warganet ini berkongsi satu jenis tablet untuk kegunaan yang sangat ‘multi-task’.
Jom ikuti perkongsian oleh pemilik akaun Twitter Cikgu @Aweeff di bawah ini
Bagi sesiapa yang sedang mencari tablet Android harga budget, mesra poket untuk kegunaan peribadi, online learning untuk anak² boleh beli Teclast P20HD.
Ini review aku setelah 3 bulan penggunaan mostly guna untuk online meeting, kerja² Word, Excel, PPoint, YouTube, Netflix pic.twitter.com/tSOy2qz2rx
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Di bawah ini lampiran gambar-gambarnya. Boleh tengok secara lebih dekat dan jelas.
Di bawah ini adalah penerangan spesifikasi produk tersebut.
Brand : Teclast
Model : P20HD
Size Screen : 10.1′
OS : Android 10
ROM : 64 GB
RAM : 4GB
Charger : Type C
Battery : 6000 Mah
Price : RM479Untuk tablet bawah RM500 bagi aku Teclast P20HD berbaloi. Ketahanan battery yang lama. Setakat nak surf YouTube, Nextflix semua smooth pic.twitter.com/DrJAeAyjYz
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Jika merujuk gambar-gambar di bawah ini, tablet ini agak ‘multi-task’ sebab boleh digunakan untuk banyak program seperti Youtube, Microsoft Word, Netflix dan sebagainya.
Boleh main game ke?
Bagi yang jenis ‘kaki gaming’, tablet ini mungkin sesuai untuk anda tapi perlu pilih yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi dalam kelasnya.
Boleh main game ke? Aku bukan gamer so tak main game. Kalau nak main game aku suggest ambil higher spec Teclast M40, 6GB RAM – 128 GB ROM harga RM738.
Yang penting both support penggunaan simcard Telco 4G dual sim. pic.twitter.com/XWWQaKdeMP
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Nak youtube review? bersepah top youtuber Malaysia buat review pasal Tablet P20HD ni macam Muaz Malek, Mobile Jaya, Monaliza, Izami Gadget & banyak lagi. pic.twitter.com/TdDtH7VW1x
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Bila dah lockdown balik. Pembukaan sekolah harian seperti masih tak menentu. Sekarang-kurangnya penggunaan tablet untuk online learning adalah lebih efisyen dari penggunaan telefon.
Skrin yang lebih besar, ada keyboard untuk pengunaan seperti laptop. Pembelajaran lebih mudah
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Sesuai ke nak buat kerja-kerja pejabat?
Ada netizen tanya, tablet ini sesuai ke digunakan untuk kerja-kerja pejabat macam menaip dan sebagainya?
Ini kata Cikgu.
Kalau meeting aku buat utk catat minit mesyuarat, guna bluetooth keyboard. Selalu juga guna Microsoft Office macam Word, Excell, Power Point etc. So far ok je cukup smooth untuk task sebegini. Sebab kalau nak gaming ambil higher specs dari ni.
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Waktu PKP ni banyak ‘online’ je, boleh Google Meet tak?
Ada juga yang bertanya tentang kemampuan tablet untuk kerja-kerja melibatkan sidang visual seperti Google Meet, Zoom dan sebagainya.
Maklumlah, waktu PKP ini ramai yang bertugas dari rumah saja. Ini jawapan Cikgu.
Ada. Selain webex, google meet sebab ni adalah model 4G dual sim, boleh juga video call via whatsapp, telegram dan lain²..
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Harga berapa?
Tak mahal pun sebenarnya. Sangat murah dan mampu milik. Rugi tak beli.
RM479..
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Nak beli kat mana?
Mengikut bebenang ini, Cikgu ada kongsikan sekali pautan untuk membeli tablet ini di laman e-Dagang Shopee.
Boleh klik pada ciapan di bawah ini.
Boleh beli dari official store Teclast di Shopee..https://t.co/L6MqPIVGRk
— Cikgu (@Aweeff) January 15, 2021
Semoga bermanfaat.
Sumber: Twitter Cikgu @Aweeff
The post Kerja Dari Rumah Tapi Tak Ada Laptop? ‘Brader’ Ini Beli Tablet ‘Multitasking’ Harga Bawah RM500 appeared first on Siakap Keli.
No comments: