Cikgu Ini Ajar Contoh Ayat Bahasa Inggeris ‘Basic vs Advance’ Untuk Lebih Mudah Faham
Penggunaan bahasa Inggeris sangat penting untuk kita semua kuasainya pada hari ini. Ya, penggunaan bahasa Inggeris yang bagus bukan sahaja membantu kita untuk memudahkan pelbagai urusan malah ia menjadi satu kriteria utama dalam alam kerjaya.
Tidak dinafikan pembelajaran zaman ini kian mencabar, tambah-tambah lagi negara telah berlawan dengan pandemik Covid-19. Banyak sekolah terpaksa ditutup dan menjalankan pembelajaran melalui atas talian.
Pun begitu, guru-guru semestinya kreatif untuk memberi satu kelaian kepada murid. Seperti guru bahasa Inggeris ini yang dikenali sebagai Sir Danial mengambil inisiatif berkongsi video pendeknya menerusi laman TikTok mengajar tentang penggunaan bahasa Inggeris.
Penerangannya cukup jelas dan mudah difahami. Dalam video kali ini, dia mengajar tentang penggunaan bahasa Inggeris untuk memudahkan korang semua membuat karangan di dalam bahasa ini.
@danialtsu New series with @sabrinasabbyyy #learnontiktok #tiktokguru #gurugottalent #sirdanny #english
Best kan, bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Di mana jua kita berada, belajarlah untuk mendapat ilmu baru, tak rugi.
Sumber: Tiktok Danialtsu
The post Cikgu Ini Ajar Contoh Ayat Bahasa Inggeris ‘Basic vs Advance’ Untuk Lebih Mudah Faham appeared first on Siakap Keli.
No comments: