Ads Top

“Ada Datang Outlet Maki, Suruh Tutup Sebab Macau Scam” – Shuib Sepahtu Akui Perniagaan Terkesan Ketika Disiasat SPRM

Pelawak Shuib Sepahtu mengakui perniagaan BubbleBee agak terkesan ketika dia dikaitan dengan isu Macam Scam serta dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan sebelum ini.

Shuib berkata, penjualan produk BubbleBee mengalami penurunan ketika isu berkenaan hangat diperkatakan.

“Memang ada kesan… ada yang datang outlet maki, suruh tutup sebab Macau Scam, jualan pun menurun.

“Bagaimanapun, penjualan kemudian semakin meningkat semula sebab ada yang tunggu produk BubbleBee ini, terutama sekali ketika outlet baharu dibuka,” jelasnya.

Shuib berkata demikian ketika sesi sidang akhbar secara virtual bersama pihak media malam tadi.

Dalam pada itu, Shuib juga menjelaskan bahawa namanya kini sudah bersih daripada sebarang isu yang pernah melanda dirinya.

Menurutnya, ketika berjumpa dengan peguam untuk mengetahui status tentang perkara tersebut, peguamnya memberitahu dirinya tidak terkait lagi dengan kes berkenaan.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk meminta SPRM keluarkan surat yang menyatakan saya tidak ada kaitan. Kalau semua dah clear, saya akan buat satu sidang akhbar,” jelasnya.

Pada masa sama, peguamnya juga ada menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang telah melemparkan fitnah terhadap dirinya berhubung isu berkenaan.

Namun begitu, Shuib memberitahu dia enggan mengambil sebarang tindakan dan telah memaafkan mereka yang telah berbuat demikian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penutupan sementara outlet BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan baru-baru ini, Shuib mengakui ia adalah kesilapan daripada pihaknya.

“Sebenarnya ketika itu memang lesen belum diluluskan dan masih dalam proses. Kami ingat semuanya dah selesai sebab runner yang uruskan berkenaan lesen.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) lesen dan lulus dan outlet berkenaan sudah kembali beroperasi pada pukul 2.00 petang,” jelasnya.

Shuib juga semalam telah mengumumkan tidak akan lagi menjadi penyampai radio Hot FM kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaannya. – KopiPlanet.com

The post “Ada Datang Outlet Maki, Suruh Tutup Sebab Macau Scam” – Shuib Sepahtu Akui Perniagaan Terkesan Ketika Disiasat SPRM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.