Ads Top

Chris Evans Dikatakan Berpeluang Bakal Kembali Memegang Watak Captain America

Pelakon Chris Evans dilaporkan berpeluang kembali ke Marvel Cinematic Universe setelah dua tahun bersara sebagai Captain America dan menggantungkan perisainya.

Menerusi satu sumber dalam industri mengatakan Chris diharapkan kembali sebagai Steve Rogers atau Captain America sekeurang-kurangnya dalam satu projek terbaharu Marvel. Namun, ia masih belum jelas sama ada ia sudah dipersetujui atau tidak.

Jelas sumber itu lagi, peluang pelakon itu kembali muncul bukan dalam bentuk filem tersendiri, melainkan sebagai cameo. Situasi berkenaan seperti yang pernah dilakukan Robert Downey Jr setelah filem Iron Man 3, ketika dia muncul dalam film Captain America: Civil War dan Spider-Man: Homecoming.

Peluang Chris Evans kembali dalam Marvel Cinematic Universe semakin cerah setelah Marvel mulai aktif beralih ke tontonan streaming, seperti pada projek WandaVision.

Selain itu, ia diperkuatkan lagi apabila Marvel telah terjun ke dalam sistem multi-verse pada sekuel Doctor Strange yang membuka lebih banyak pilihan bagi Chris Evans kembali sebagai Captain America.

Dalam pada itu, Chris Evans secara dilihat seperti tidak menafikan atau membantah mengenai perkara tersebut menerusi twitnya di Twitter.

“Sebuah berita baru bagi saya,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Ternyata twitnya itu juga mendapat maklum balas peminat yang mahu menyaksikan dia muncul kembali sebagai Captain America. – KopiPlanet.com

The post Chris Evans Dikatakan Berpeluang Bakal Kembali Memegang Watak Captain America appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.