Ads Top

Aloy Paradoks Maklumkan Ogy Ahmad Daud Masih Belum Lunas Bayaran Skrip Teater

Penulis skrip Aloy Paradoks memaklumkan bahawa penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Ogy Ahmad Daud masih belum melunaskan bayaran skrip yang dihasilkannya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Aloy menerusi laman Twitter miliknya.

“PKP bertemu PKP. Pelakon kesayangan anda semua, Ogy Ahmad Daud, Alhamdulillah belum-belum jugak setelkan lagi bayaran upah saya menulis skrip Teater Dewan Semandung.

“Dia memang handal,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah membuat laporan di Balai Polis Sentul pada bulan Jun 2020 berhubung isu berkenaan.

Laporan itu dibuat setelah Ogy yang juga penerbit teater berkenaan telah melanggar perjanjian kontrak kerja di antara mereka. – KopiPlanet.com

The post Aloy Paradoks Maklumkan Ogy Ahmad Daud Masih Belum Lunas Bayaran Skrip Teater appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.