Ads Top

Banyak Kes Dijangkiti Covid-19 Selepas Pulang Dari Pulau Langkawi, Lufya Batalkan Hasrat Ke Pantai Cenang

Ketika ini sudah terdapat beberapa kes jangkitan Covid-19 yang dialami mereka yang baru pulang bercuti dari Pulau Langkawi.

Melihatkan keadaan itu, penyanyi Lufya yang turut bercuti bersama-sama anaknya ke pulau tersebut mengakui agak gusar.

“Nak bercakap sikit pasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni. Tak dinafikan memang menggelabah sikit la bila dengar berita ini. 

“Ramai dah pi swab test lps balik Langkawi. Rasanya kne buat jugak ni. Tolong suggest mana klinik yg berpatutan untuk kami buat swab test ini ya?” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut Lufya, dia juga ada berhasrat untuk pergi ke Pantai Cenang, namun dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Ujarnya, ia berikutan gara-gara dia melihat video orang ramai yang berada di pantai tersebut yang tidak memakai topeng dan bersentuhan.

“Teringin jugak nak gi Pantai Cenang, tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu ramainya pengunjung datang ke Pantai Cenang dengan tak pakai mask dan bersentuhan, kami batalkan hasrat nak kesana dan mengambil keputusan untuk ke private island (so tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang. 

“Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik ni sbb orang ramai dah lega and take things for granted sbb vaksin bakal ada. Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tau keberkesanannya lagi,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Lufyaalana

The post Banyak Kes Dijangkiti Covid-19 Selepas Pulang Dari Pulau Langkawi, Lufya Batalkan Hasrat Ke Pantai Cenang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.