Warner Bros Akan Tayang Semua Filemnya Tahun Depan
![](https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2020/12/04144840/BeFunky-collage-2020-12-04T144835.463.jpg)
LOS ANGELES, 4 Dis – Kumpulan Warner Bros Pictures pada Khamis mengumumkan studio Hollywood akan mengeluarkan semua filemnya pada 2021 secara serentak melalui penstriman dan di pawagam, satu langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini di tengah-tengah perubahan dalam industri perfileman.
Keseluruhan 17 filem yang dinanti-nantikan, termasuk filem pecah panggung dan dihasilkan dengan peruntukan besar seperti “Godzilla vs. Kong,” “Dune,” “Space Jam: A New Legacy” dan “The Matrix 4,” akan ditayangkan di pawagam dan menerusi perkhidmatan penstriman HBO Max, di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua.
Kumpulan itu komited untuk menayangkan filem berkenaan melalui kaedah unik dan akan menayangkannya di pawagam di seluruh dunia, dengan tambahan tempoh akses eksklusif selama sebulan di platform HBO Max.
— BERNAMA
The post Warner Bros Akan Tayang Semua Filemnya Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.
No comments: