(Video) Rakaman Graduan Ini Dukung Ayahnya Yang Lumpuh Ke Majlis Graduasi Bikin Warganet Sebak
Apabila tamatnya sebuah pengajian, perkara paling yang dinanti-natikan oleh semua pelajar ialah majlis graduasi atau tamat pengajian. Semua pasti berasa gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan para pensyarah. Pun begitu, perkara paling berharga adalah ketika melihat senyuman ibu bapa yang bangga dengan kejayaan yang diperolehi anaknya. Kehadiran mereka ke majlis graduasi sangat memberi makna kerana tanpa mereka kita tidak akan mencapai kejayaan setinggi ini.
Baru-baru ini tular seorang mahasiswa di Lampung, Indonesia kelihatan mendukung ayahnya yang lumpuh ke majlis graduasi untuk melihatnya memperoleh segulung ijazah pada waktu itu. Perkara tersebut telah menjadi bualan di media sosial dan ramai netizen berasa terharu dengan tindakannya itu.
Mahasiswa tersebut dikenali sebagai Jefri Ramdhani yang memakai baju graduasi pelajar, mendukung ayahnya walaupun dalam keadaaan lumpuh yang menunjukkan bahawa ayahnya sangat bermakna pada majlis itu.
Mahasiswa dari Universiti Muhammadiyah Kotabumi, Lampung Utara, Lampung itu masuk ke acara majlis graduasi sambil dukung ayahnya dibelakang tanpa ada rasa segan silu malah ia meneruskan perjalanan dengan satu senyuman yang gembira.
Video dan gambar yang tular di media sosial tersebut telah membuatkan ramai netizen memberi komen iaitu terharu dan bangga dengan sifat mulia seorang anak yang sanggup dukung ayahnya yang lumpuh untuk melihat kejayaan anaknya.
Sementara itu, ramai netizen mendoakan semoga dipermudahkan urusan dan dipanjangkan umur mereka.
Sumber : kumparan
The post (Video) Rakaman Graduan Ini Dukung Ayahnya Yang Lumpuh Ke Majlis Graduasi Bikin Warganet Sebak appeared first on Siakap Keli.
No comments: