#90 – Kekal Sihat Dengan Aplikasi Health Pal – Fitness, Weight Loss Coach, Pedometer
Pada zaman COVID-19 ini, pasti wujud perasaan ragu-ragu dan lebih berhati-hati untuk melakukan rutin harian terutamanya untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah.
Kes jangkitan COVID yang sentiasa ada setiap hari menyebabkan kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Justeru, dalam rutin untuk beriadah, kita juga perlu kreatif untuk memastikan gaya hidup dan kesihatan kekal baik.
Salah satunya adalah dengan mempunyai aplikasi yang boleh membantu menjejak kesihatan anda, iaitu aplikasi Health Pal – Fitness, Weight loss coach, Pedometer.
Aplikasi ini membantu mengekalkan kesihatan anda dan menjadikan badan anda kekal cergas dengan mengurus aktiviti harian anda seperti senaman, pengiraan kalori serta pemakanan.
Aplikasi ini adalah antara yang terbaik dalam kalangan anda yang ingin mencapai target-target tertentu seperti target senaman, target pengambilan air putih serta target untuk mengurangkan berat badan.
Antarmukanya yang menarik serta sesuai untuk semua jantina dan usia menyebabkan ia mudah diguna pakai untuk semua.
Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah:
#1 – Reminder (Peringatan): Anda boleh mengaktifkan ciri peringatan dalam aplikasi ini seperti peringatan untuk waktu makan dan juga waktu minum air.
#2 – Bahagian Pengiraan: Seterusnya, pada bahagian ini, anda boleh membuat kiraan BMI, kandungan kalori, tekanan darah serta kandungan air yang diperlukan mengikut berat badan.
Bukan itu sahaja, buat anda yang gemar menderma darah, anda juga boleh mengira tarikh seterusnya yang sesuai untuk menderma.
#3 – Workout (Senaman): Pada bahagian ini, anda boleh memilih ciri senaman yang sesuai untuk anda seperti pada permulaan, cardio ataupun squats.
Cara penggunaannya mudah. Anda hanya perlu mengemas kini profil pengguna dengan memasukkan nama, tarikh lahir dan juga jantina.
Kemudian, anda perlu memasukkan berat, tinggi dan ukur lilit pinggang. Dengan ini, anda akan diberi panduan yang betul untuk penjagaan kesihatan anda.
Apa yang menariknya lagi ialah, aplikasi ini mempunyai ciri untuk memastikan anda boleh memperoleh tidur yang cukup berdasarkan waktu yang dimasukkan.
Dengan kecanggihan teknologi hari ini tidak menjadi alasan untuk kita mengabaikan kesihatan kerana pelbagai cara yang ada dan boleh digunakan bagi memastikan diri kita kekal aktif.
Sayangilah diri anda dengan memberi perhatian yang cukup bukan sahaja kepada pemakanan, tetapi juga aktiviti fizikal.
Anda boleh muat turun aplikasi ini melalui pautan yang disediakan: Health Pal – Fitness, Weight loss coach, Pedometer
#Menuju2021
#PE1H
The post #90 - Kekal Sihat Dengan Aplikasi Health Pal - Fitness, Weight Loss Coach, Pedometer first appeared on Tazkirah.
No comments: