Enam Tahun Berkenalan, Didi Astillah Kini Sah Bergelar Isteri Dinie Ng
Penyanyi Didi Astillah kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dinie Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.05 pagi tadi.
Dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya, pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa Didi iaitu Awang Astillah di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Mohamad Nazri.
Pada majlis berkenaan, Diniey menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran, sementara pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung dengan bertemakan serba putih serta dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat pasangan ini.
Lebih menarik lagi, kakak kepada pengantin perempuan iaitu penyanyi Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq turut mengiringi sebagai pembawa dulang pada majlis berkenaan.
Didi sebelum ini mengumumkan majlis pertunangannya dengan Diniey pada Januari lalu.
Mengenai perkenalan mereka pula, Didie mendedahkan perkenalannya bersama suami bermula ketika sesi live di Instagram sekitar tahun 2020. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram @hijabista.hub
The post Enam Tahun Berkenalan, Didi Astillah Kini Sah Bergelar Isteri Dinie Ng appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: