Ads Top

(Video) Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Kini 4 Bulan

Spekulasi tentang status penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil ‘Tokti’ akhirnya terjawab apabila hari ini beliau mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Turut ditemani suaminya Datuk K, Tokti secara rasminya menyuarakan pengumuman tersebut dalam satu siaran langsung hari ini.

“Saya bersama dengan suami pada hari ini untuk berkongsi dengan anda satu berita baik di mana Alhamdulillah memang benar saya..selama dalam proses..macamana nak cakap..” umumnya secara malu-malu.

Akhirnya pengacara tersebut ‘membantu’ menyampaikan pengumuman tersebut. Mari tonton video ini.

Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K atas rezeki kehamilan pada kali ini.

Sumber: Instagram

The post (Video) Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Kini 4 Bulan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.