Ads Top

(Video) Api Marak, Tular Rakaman Kebakaran Di Sebuah Pangsapuri Dipercayai Di Kepong

Satu insiden kebakaran melibatkan sebuah unit rumah dilapor dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Kepong dalam satu kejadian kelmarin.

Menurut Pasukan Bomba Sukarela & Penyelamat (PBS) Kepong, kebakaran tersebut dilapor berlaku sekitar 10.45 malam sebelum aduan dibuat oleh penduduk berhampiran.

Operasi pemadaman api dijalankan oleh pihak Bomba & Penyelamat dengan kekuatan tiga jentera bomba, selain turut dibantu PBS Gombak dan PBS Kepong Batu, Kuala Lumpur.

KEBAKARAN RUMAH

TARIKH : 2/12/2020MASA : 2245HRSLOKASI : IVORY APARTMENT,INDAH PERDANA,KEPONGKES : KEBAKARAN RUMAHMENERIMA PANGGILAN DARI ORANG AWAM BAHAWA TERDAPAT KEBAKARAN RUMAH BERHAMPIRAN RUMAH PENGADU DI TINGKAT 10.ANGGOTA SAMPAI LOKASI DAN MEMBANTU MEMBUAT PEMADAMAN API.OPERASI BERSAMA PBS GOMBAK DAN PBS KEPONG BATU,KL

Posted by Bomba Sukarela dan Penyelamat Kepong, Selangor on Wednesday, December 2, 2020

 

Rakaman video kebakaran tersebut tular di media sosial, dalam masa sama beberapa klip video kejadian itu dikongsi beberapa warganet.

Dalam pada itu, ada warganet lain turut sempat merakam kejadian kebakaran terbabit dari arah kediamannya yang dipercayai terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak diketahui dan dipercayai masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sebarang perkembangan terkini kes akan dimaklumkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sumber: Pasukan Bomba Sukarela & Penyelamat Kepong, Twitter, Youtube

The post (Video) Api Marak, Tular Rakaman Kebakaran Di Sebuah Pangsapuri Dipercayai Di Kepong appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.