Ads Top

Surah Al-Fatihah – ‘Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus’

Surah Al-Fatihah yang dibaca setiap rakaat solat mengadungi bentuk doa dan permohonan kita kepada Allah selain bentuk pengakuan terhadap kekuasaanNya.

Antaranya ialah pada ayat ke 6 surah ini yang bermaksud:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ 

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”

Ayat ini merangkumi semua doa kita untuk kehidupan kita. Ayat ini menunjukkan bahawa kita memohon kepada Allah agar kehidupan ini sentiasa dipandu dengan jalan yang baik dan benar sama ada dari ibadah mahupun gaya kehidupan.

Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus?

Dalam hal ini, kita berdoa supaya Allah tidak memesongkan hati kita ke arah perkara yang dilarang. Sebagaimana dalam ayat seterusnya yang menyebut:

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Mafhum: “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Surah Al-Fatihah, 1:7)

Syeikh As-Sa’di RA menyebut – “Ayat itu bermaksud dengan meminta menunjukkan jalan lurus dan benar yang boleh membawa ke syurga.”

Dalam memilih pekerjaan, biarlah seseorang itu diberi kekuatan untuk menjalaninya dengan penuh amanah agar ia boleh membantu dirinya ke syurga.

Begitu juga dalam memilih isteri atau pasangan hidup, seseorang itu meminta agar pilihannya itu adalah yang benar yang boleh sama-sama menjalankan syariat Islam dengan baik.

Justeru, sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah agar setiap perkara yang dilakukan mampu membawa kita kepada jalan yang lurus untuk menuju tuhan.

Rujukan:
Rumaysho.com

The post Surah Al-Fatihah - 'Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus' first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.