Ads Top

Status Hubungan Neelofa Dengan PU Riz Masih Jadi Tanda Tanya

Setelah tampil membuat kenyataan media malam berhubung beberapa tuduhan yang dilemparkan netizen, status hubungan antara Neelofa dan PU Riz dilihat masih lagi menjadi tanya tanya.

Dalam kenyataan yang dibuat, pengacara popular itu tidak menyatakan secara lebih jelas tentang ikatan yang terjalin itu.

“Mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris (PU Riz), apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita tersendiri.

“Tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya,” jelasnya.

Pada 1 November lalu, satu majlis merisik telah diadakan dalam acara membabitkan kedua-dua belah keluarga.

Bagaimanapun, gambar-gambar ketika majlis berkenaan sudah dipadam daripada akaun Instagram.

Dalam pada itu, Neelofa juga turut menjelaskan keluarganya dan keluarga PU Riz akan berbincang untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Apa yang mampu saya katakan keluarga saya dan keluarga Haris kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Status Hubungan Neelofa Dengan PU Riz Masih Jadi Tanda Tanya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.