Ads Top

Budak Lelaki Ini Mahu Gaya Rambut Cristiano Ronaldo, Tapi Bapa Potong Ikut Gaya Ronaldo ‘R9’

Seorang budak lelaki di United Kingdom terkejut selepas permintaannya untuk menggayakan rambut seperti bintang Juventus Cristiano Ronaldo yang dimintanya bertukar menjadi gaya rambut bintang bolasepak Brazil Ronaldo Nazario.

Dalam satu video yang tular di media sosial, budak lelaki yang memakai baju Chelsea itu menjelaskan kepada bapanya bahawa dia menginginkan gaya potongan rambut seperti ‘Ronaldo’ sambil menunjukkan gambar bintang Juventus itu.

Walau bagaimanapun, bapanya mempunyai idea lain dan memutuskan untuk menjadikan anak lelakinya itu seperti Ronaldo dari Brazil dengan gaya potongan rambut separuhnya yang terkenal suatu ketika dahulu.

Kanak-kanak tersebut tampak berang dan kecewa selepas melihat dirinya di cermin sementara ayahnya tertawa dan berkata “Hanya ada satu Ronaldo!” sambil menunjukkan gambar Ronaldo Brazil itu.

Video berkenaan telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 5 juta kali oleh pengguna media sosial Twitter.

Sumber: Sport Bible

The post Budak Lelaki Ini Mahu Gaya Rambut Cristiano Ronaldo, Tapi Bapa Potong Ikut Gaya Ronaldo ‘R9’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.