Ads Top

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung Dalam Single Lara

Buat julung-julung kalinya, tiga nama besar industri nyanyian yang kini sedang menempa nama iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli telah bergabung menerusi sebuah karya iaitu Lara.

Lagu Lara yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu ternyata mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah tontonannya di saluran YouTube Rocketfuel Entertaainment telah pun mencecah sebanyak 2.3 juta.

Menurut Hael, tercetusnya idea untuk menghasilkan lagu Lara ini bermula sewaktu berada di Jakarta ketika mengendalikan rancangan Stariser bersama Cakra Khan.

“Sepanjang berada di sana, saya mendapat ilham baharu dan apabila tiba di Malaysia, saya teris menghubungi MFMF dan kami berbincang untuk menghasilkan karya ini.

“Proses untuk pembikinan Lara mengambil masa selama tiga bulan dan selepas itu saya meminta Naim dan Haqiem untuk memberi sedikit gubahan dan idea sehinggalah lagu ini terhasil,” ujarnya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu berkenaan pada minggu lalu.

Hael berkata, proses rakaman dan pembikinan muzik video ini pula dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dan semuanya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, mengenai kerjasama dengan kedua-dua penyanyi berkenaan, Hael memberitahu ia amat mudah, apatah lagi mereka antara rakan-rakan dalam industri yang rapat dengannya.

“Kami juga saling mengenali antara satu sama lain secara peribadi. Jadi, proses pembikinan itu amat mudah.

“Lagipun sebelum ini kami selalu berbual-bual kosong serta kerap ditemukan dalam program nyanyian. Sehinggakan pernah terdetik dalam hati sekiranya kami dapat bekerjasama,” ujarnya.

Lagu Lara boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain itu, ia boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video lirik dan muzik lagu Lara ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment. – KopiPlanet.com

The post Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung Dalam Single Lara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.