Ads Top

Perbuatan Menyapu Leher Ketika Wuduk, Sunnah Atau Tidak?

Berwuduk ialah perbuatan membasuh atau menyucikan anggota badan tertentu dengan niat untuk menyucikan diri dari hadas kecil.

Rukun wuduk (yang wajib dibasuh) mempunyai enam, iaitu membasuh muka, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala, dua lagi adalah niat dan tertib.

Berkenaan dengan perbuatan menyapu muka, ada beberapa pendapat yang menyebut bahawa ia boleh disekalikan dengan meratakan air basuhan ke leher.

Jadi, adakah perbuatan meratakan air ke bahagian leher dikira sebagai sunat yang boleh dilakukan?

Dalam hal ini, terdapat beberapa pendapat daripada ulama Mazhab Syafi’e, iaitu:

#1 – Sunat – Imam Abu Qasim al-Furani al-Syafi’e berpendapat bahawa perbuatan ini adalah sunat

#2 – Digalakkan – Syeikh Al-Mutawalli menyebut bahawa ia adalah digalakkan, namun tidak disebut sebagai hukum sunat.

#3 – Tidak sunat dan tidak digalakkan – Pendapat ini diambil oleh Imam al-Mawardi yang menyebut bahawa tiada dalil tentang perbuatan ini.

Kesimpulan

Pendapat yang ketiga, iaitu perbuatan ini tidak sunat dan juga tidak digalakkan adalah lebih tepat kerana tiada dalil sahih tentang perbuatan ini.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Talhah bin Musarrif daripada datuknya yang berkata:

Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW menyapu kepala Baginda sebanyak satu kali sehingga sampai ke bahagian al-Qazal (bahagian awal leher).”

Bagaimanapun, hadis ini dinilai daif (lemah) kerana terdapat seorang perawi yang dinilai (daif), iaitu Laith bin Abi Sulaim.

Hal ini adalah dipersetujui pandangan Imam Nawawi dan Imam Ibn Qayyim.

Justeru, perbuatan menyapu leher ketika wuduk tidak digalakkan dilakukan. Namun, boleh untuk menyapu bahagian leher jika terdapat kotoran. Tetapi ia tidak boleh disandarkan kepada perbuatan Baginda SAW.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Perbuatan Menyapu Leher Ketika Wuduk, Sunnah Atau Tidak? first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.