Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni
Akhir-akhir ini, pembayaran secara cashless semakin mendapat tempat di hati para pengguna dek kerana kemudahan yang ditawarkan terutamanya ketika musim pandemik ini. Aplikasi ini membantu para pengguna menghindari risiko penularan COVID-19 dengan mengurangkan kontak fizikal yang biasanya berlaku ketika wang bertukar tangan.
Sudahlah tak perlu bawa wang tunai, dapat pulangan semula lagi sama ada dalam bentuk wang atau mata ganjaran. Mana lebih untung antara bayar RM100 tunai tanpa sebarang pulangan dengan membayar RM100 menggunakan aplikasi telefon bimbit serta dapat pulangan beberapa peratus? Pasti anda tahu jawapannya.
Maka disebabkan itulah, semakin ramai pengguna di Malaysia mula beralih kepada kemudahan ini. Kerajaan juga mula menyalurkan dana bantuan melalui platform ini demi menggalakkan rakyat berbelanja serta menjana ekonomi secara pembayaran cashless.
Oleh itu, para peniaga yang menawarkan pembayaran secara cashless pastinya mempunyai lebih kelebihan berbanding peniaga yang tidak menyediakan kemudahan itu di premis mereka.
Dengan menawarkan cara bayaran tanpa tunai atau cashless, kerja pelanggan anda menjadi lebih mudah. Mereka pasti berasa lebih selamat kerana dapat mengurangkan kontak fizikal ketika bertukaran wang.
Selain itu, pelanggan anda juga pasti gembira kerana tidak perlu bersesak dan beratur panjang. Tambah-tambah dengan musim COVID-19 ini, pastinya mereka akan berasa lega jika anda sediakan pilihan bayaran secara elektronik.
Lebih cepat proses bayaran, lebih singkat tempoh beratur dan lebih ramailah pelanggan yang anda boleh tarik. Bukan apa, sekarang ini ramai yang ‘gerun’ atau skeptikal ketika melihat situasi sesak. Virus!
Jadi, jika anda belum menawarkan kemudahan e-wallet di premis, sudah tiba masanya untuk anda membuat pertimbangan semula.
Promosikan MAE untuk menangi RM10,000
Seperti ramai yang sedia maklum, terdapat beberapa e-dompet yang menawarkan pulangan kepada para pengguna. Antaranya ialah MAE by Maybank2u.
Bagi para peniaga yang sudah menggunakan Maybank QRPayBiz app, anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM1,000, RM3,000 hingga RM10,000 melalui kempen Scan & Pay oleh Maybank2u.
Dengan setiap pembayaran minimum RM5 melalui Scan & Pay (dahulu dikenali sebagai Maybank QRPay) oleh pelanggan, anda layak mendapat 1 penyertaan untuk menang. Ini bermakna, semakin banyak transaksi anda melalui MAE, semakin tinggi peluang anda untuk menang!
Jika anda belum pernah menggunakan aplikasi Maybank QRPayBiz, anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut dan daftar sebagai peniaga. Jangan risau, tanpa akaun semasa Maybank pun anda tetap boleh mendaftar sebagai rakan niaga di Maybank QRPayBiz app dan anda juga berpeluang memenangi wang tunai hingga RM10,000.
Seterusnya, ajak pelanggan anda menggunakan aplikasi MAE untuk melakukan pembayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR Maybank atau melalui Maybank QRPayBiz app anda.
Bagi para pelanggan, mereka boleh mengimbas kod melalui platform DuitNow sama ada dari bank CIMB, Hong Leong, RHB atau Public Bank dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menerima transaksi Scan & Pay melalui platform pembayaran di laman sesawang anda apabila pelanggan melakukan pembelian secara atas talian dan memilih Maybank QRPay sebagai cara bayaran.
Kempen ini sedang berlangsung sekarang daripada 1 November sehingga 31 Disember akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram atau Twitter rasmi Maybank mahupun laman sesawang mereka di sini.
Jom kita lihat cara-cara untuk menggunakan aplikasi QRPayBiz Maybank ini.
1. Muat turun aplikasi QRPayBiz. Tentukan bahasa pilihan.
2. Klik Daftar. Masukkan maklumat dan nombor telefon anda.
3. Masukkan kata kunci.
4. Cipta nama pengguna dan PIN.
5. Pilih akaun bank pilihan anda. Siap!
Anda juga boleh menonton video di bawah:
Aplikasi dah dimuat turun, bagaimana pula nak buat proses pembayaran?
Ada dua cara untuk anda pilih.
1. Pelanggan imbas kod QR statik
Pertama, pelanggan boleh mengimbas kod QR perniagaan anda sama ada yang telah dicetak atau dijana di telefon pintar anda. Mereka kemudiannya perlu memasukkan jumlah yang harus dibayar.
2. Peniaga keluarkan kod QR Dinamik
Kedua, anda boleh menghasilkan kod QR baru yang dinamik melalui aplikasi QRPayBiz untuk setiap transaksi pembayaran. Kod ini terikat kepada nilai pembelian bagi setiap jual beli. Pelanggan anda hanya perlu mengimbas kod berkenaan untuk membayar amaun yang telah anda tentukan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom majukan perniagaan anda seiring lebih 450,000 rakan niaga Maybank yang menggunakan sistem ini termasuk KFC, 99Speedmart, Fashion Valet dan restoran Mohd Chan.
Untuk maklumat lanjut mengenai QRPayBiz, layari laman web rasmi Maybank di sini.
The post Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni appeared first on Siakap Keli.
No comments: