Ads Top

Penggunaan Vaksin COVID-19 Dipersetujui Mufti Dan Badan Berautoriti Fatwa Dunia

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan bahawa penggunaan vaksin COVID-19 adalah diharuskan ke atas manusia dan ia wajib diambil bagi menjaga diri daripada kemudaratan.

Hal ini adalah berdasarkan keputusan daripada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-10.

Mesyuarat yang telah bersidang pada 3 Disember lepas telah menerima perkenan daripada Majlis Raja-Raja dan dipersetujui oleh Badan Berautoriti Fatwa Sedunia.

Antara fatwa antarabangsa yang telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin ini adalah Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu serta Institusi Al-Azhar Al-Syarif.

Menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), penggunaan vaksin ini dilihat kepada enam kaedah pencegahan yang mengharuskan pencegahannya, iaitu;

#1 – Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) – 1988

#2 – Imunsasi Hepatitis B – 1988

#3 – Imunisasi Campak, Tibi, Batul Kokol, Diperteria, Tetanus dan Polis – 1989

#4 – Pelalian Vaksin Meningococcal Meningtis – 2002

#5 – Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) -2010

#6 – Vaksin Meningtis Menveo – 2013

Justeru, penggunaan vaksin yang bertujuan melindungi manusia daripada pandemik adalah harus dan dibolehkan dari perspektif syarak. Ia menjadi hukum wajib apabila tuntutan kerajaan yang menetapkan kepada seluruh rakyat.

Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

The post Penggunaan Vaksin COVID-19 Dipersetujui Mufti Dan Badan Berautoriti Fatwa Dunia first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.