Ads Top

Nilai Diri Mahal VS Nilai Diri Rendah

Kajian menunjukkan orang yang merasakan dirinya mahal tidak memerlukan benda-benda yang mahal atau simbol kekayaan palsu untuk ditonjolkan pada badannya serta sekeliling.

Kita boleh lihat pada diri Tan Sri Syed Mokhtar sendiri yang tidak pernah meninggi diri sebaliknya sentiasa berusaha membantu orang lain.

Walau peribadinya kelihatan bersahaja, namun kita memandangnya sebagai orang yang cukup luar biasa. Apa yang ditekankan di sini adalah pemandangan orang sekeliling kepadanya yang menjadikan nilai dirinya yang tinggi.

Atau kita telusuri sedikit sejarah Islam di mana kita melihat ketokohan yang ada pada susuk tubuh pada sahabat yang begitu hebat berjuang dalam menengakkan Islam.

Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan mahupun Abdul Rahman bin Auf; nama-nama ini cukup hebat dan ‘tinggi’ nilainya kepada Islam.

Tokoh-tokoh ini tidak memerlukan barang-barang mahal mahupun mewah untuk menunjukkan karisma atau kehebatan mereka. Namun, betapa bernilainya mereka dalam kalangan masyarakat kerana mereka sanggup melaburkan harta yang ada kepada Islam, bukan kepada diri mereka semata-mata.

Jika di luar negara pula, kita boleh lihat pada tokoh yang bernama Warren Buffett. Beliau mempunyai sebuah syarikat jet peribadi, namun tidak pernah pun menaikinya walau sekali.

Beliau hanya menaiki pesawat komersial sahaja sebab baginya tidak perlu menaiki penerbangan mewah. Mengapa? Kerana beliau merasakan dirinya mahal.

Oleh itu jika seseorang merasakan dirinya murah, maka dia akan sibuk mencari simbol-simbol kekayaan untuk ditonjolkan pada orang lain. Ditonjolkan agar mendapat perhatian orang ramai agar mampu dipandang hebat.

Benar, tiada salahnya kalau seseorang itu nak membeli kereta berjenama mewah dan itu terpulang kepada diri masing-masing. Persoalannya, aju kembali pertanyaan kepada diri anda; sebab apa anda membelinya? Adakah sebuah keperluan atau sekadar kehendak?

Jika untuk keselesaan diri dan sememangnya mampu untuk memilikinya termasuklah urusan kos penyelenggaraan kereta tersebut, maka silakan. 

Hanya diri anda sendiri sahaja yang boleh tahu asas tujuan pembelian tersebut. Seperti membeli jam tangan yang mahal kerana sukakan reka bentuknya yang unik dan kita mampu itu tidak mengapa.

Tetapi membeli jam berjenama mahal supaya orang akan nampak diri kita ini mahal, seperti watak Mami Jarum yang gemar menunujuk-nunjukkan gelang emas di lengannya. 

Di situ dia telah menunjukkan betapa rendahnya nilai pada diri itu sendiri.

Orang yang mahal ialah yang bijak dalam menilai diri sendiri.

The post Nilai Diri Mahal VS Nilai Diri Rendah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.