Lisa Blackpink Akui Sukar Hidup Tanpa Pelembab Bibir
Status sebagai seorang selebriti pastinya membuatkan Lisa Blackpink harus sentiasa menjaga penampilan diri.
Ketika menjalani rutin harian dengan pengambilan vitamin ketika bangun tidur dan meminum banyak air, penyanyi itu menyatakan ada satu barang yang cukup penting buat dirinya.
Menurutnya, selain menggunakan face sheet sebagai sebahagian daripada rutin rawatan kulitnya, Lisa memberitahu bahawa dia juga perlu menggunakan pelembab bibir.
“Sebelum tidur saya akan menggunakan face pack dan pastinya saya juga suka memakai pelembab bibir.
“Bibir saya sangat kering dan jika aku tidak mempunyai pelembab bibir, saya seperti tidak boleh hidup tanpanya. Itu sudah pasti,” ujarnya.
Dalam pada itu, jenama pelembab bibir yang digunakannya sukar untuk diperolehi di Korea Selatan.
Menurutnya, dia akan membeli barang tersebut ketika pergi ke luar negara atau meminta rakan-rakannya di luar negara untuk mengirimkan kepadanya. – KopiPlanet.com
The post Lisa Blackpink Akui Sukar Hidup Tanpa Pelembab Bibir appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: