Ads Top

Bagaimana Hadiah Boleh Mengeratkan Silaturahim

Siapa saja yang tidak senang apabila menerima hadiah sama ada daripada ahli keluarga, kenalan rapat mahupun pasangan sendiri.

Tidak perlu menunggu adanya tarikh-tarikh tertentu untuk memberi sesuatu kepada seseorang kerana hadiah itu boleh diberi pada bila-bila masa sahaja terutamanya untuk membantu menaikkan semangat seseorang.

Rasulullah SAW seorang yang sangat gemar berkongsi rezekinya dengan orang sekeliling. Baginda gemar memberi hadiah kepada isteri-isterinya dan itulah salah satu cara yang boleh menambah keharmonian dalam rumah tangga.

Terdapat beberapa dalil yang disebut berkenaan manfaat memberi hadiah, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada si penerima.

#1 – Terima Hadiah Dan Berusaha Membalasnya

Saidatina ‘Aisyah RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Maksud: “Rasulullah SAW menerima hadiah dan dibiasakan membalasnya.” (HR Bukhari, no. 2585)

#2 – Sedikit Itu Lebih Baik Daripada Tiada

يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ

Maksud: “Wahai para wanita muslimah, tetaplah memberi hadiah pada jiranmu walau hanya kaki kambing yang diberi.” (HR Bukhari, no. 2566)

#3 – Hadiah Boleh Menambah Rasa Cinta

Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Maksud: “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.” (HR Bukhari, no. 594. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani)

#4 – Jangan Ditolak Pemberian

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:

أَجِيبُوا الدَّاعِىَ وَلاَ تَرُدُّوا الْهَدِيَّةَ وَلاَ تَضْرِبُوا الْمُسْلِمِينَ

Maksud: “Terimalah hadiah, jangan menolaknya. Janganlah kamu memukul kaum muslimin.” (HR Bukhari, no. 157. Disahihkan oleh Syeikh Albani)

#5 – Jangan Mengungkit Pemberian

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).” (Surah Al-Baqarah, 2:264)

Pemberian itu bukan dinilai kepada seberapa besar jumlah dan harganya, namun ia dilihat kepada nilai dan keikhlasan hati seseorang.

Oleh itu, belajar melihat pemberian itu sebagai sesuatu yang boleh mengukuhkan silaturahim dan bukan sebagai tanda kebesaran seseorang.

The post Bagaimana Hadiah Boleh Mengeratkan Silaturahim first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.