Lebih Setahun Bergelar Duda, Sam Bunkface Kembali Berumah Tangga
Setelah lebih setahun bergelar seorang duda, vokalis kumpulan Bunkface iaitu kembali mendirikan rumah tangga.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Binti Mohd Khusairi.
“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya sambil memuat naik gambar bersama isterinya.
Rata-rata peminat dan rakan penyanyi berkenaan mengucapkan tahniah atas perkahwinan buat kali kedua.
Sebelum ini, Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida Azira Husin pada tahun 2015, namun kedua-duanya bercerai pada Januari tahun lalu.
Sepanjang empat tahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Maleeq yang kini berusia empat tahun. – KopiPlanet.com
The post Lebih Setahun Bergelar Duda, Sam Bunkface Kembali Berumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: