Ads Top

(Video) Mungkin Berguna Pada Waktu Kecemasan, Cara Tampal Tayar Guna ‘Cacing’ Yang Pemandu Perlu Tahu

Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami masalah tayar dimasuki paku atau benda-benda tajam.

Masalah tersebut kemudiannya boleh menjerumus kepada kekurangan angin dalam tayar yang seterusnya boleh menyebabkan tayar menjadi pancit.

Walaupun boleh hanya pergi ke bengkel untuk menampalnya, namun bagaimana pula sekiranya waktu itu adalah hari cuti dan kebanyakan bengkel tidak beroperasi ?

Oleh yang demikian, sebuah video yang dikongsikan oleh satu akaun Facebook bernama Trevor Donovan ada menunjukkan cara-cara mudah untuk membetulkan tayar yang dimasuki paku, skru dan sebagainya dengan mudah.

Menurutnya, langkah pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah memeriksa sama ada tayar anda itu bocor atau tidak dengan menggunakan air sabun. Sekiranya ia berbuih, bermakna tayar tersebut bocor.

Seterusnya, dapatkan alatan yang sesuai untuk digunakan bagi membaiki kebocoran tersebut. Lebih dikenali dengan istilah ‘cacing’ dalam kalangan rakyat Malaysia, alatan seperti itu boleh didapati di di DIY ataupun pembelian dalam talian.

Selepas daripada itu, keluarkan skru, paku atau benda yang membuatkan tayar tersebut bocor.

Kemudian, cucuk alatan tersebut ke lubang yang menyebabkan tayar tersebut bocor untuk membesarkan lubang itu.

Sesudah daripada itu, cucuk kembali alatan itu bersama dengan getah yang akan menghalang angin daripada keluar daripada tayar tersebut ke dalam lubang yang menyebabkan kebocoran tadi.

Susulan daripada itu, tarik alatan itu namun jangan tariknya secara perlahan-lahan. Tarik ianya secara menyentap.

Dan sekiranya alatan tersebut tersembol keluar daripada tayar, potong ianya menggunakan pisau atau apa-apa alatan yang tajam sehingga menjadi pendek.

Akhir sekali, periksa tayar tersebut sekali lagi dengan air sabun bagi memastikan tayar itu sudah siap dibaiki dan tidak bocor.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti cara-cara yang diterangkannya di dalam video seperti berikut:

Sumber: Trevor Donovan

The post (Video) Mungkin Berguna Pada Waktu Kecemasan, Cara Tampal Tayar Guna ‘Cacing’ Yang Pemandu Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.