Ads Top

Syahmi Irfan Fokus Nyanyian, Keluar Skuad Badminton Negara Akibat Kecederaan

Siapa sangka penyanyi baharu Syahmi Irfan sebenarnya pernah aktif dalam sukan badminton dan merupakan atlet negara sebelum menceburi bidang nyanyian.

Lebih menarik lagi, dia antara pemain badminton muda yang cukup berpotensi, malah pernah mewakili negara untuk kejohanan Bawah 17 tahun sebelum ini.

Bagaimanpun, kini dia sudah keluar dari skuad badminton negara sejak tahun lalu disebabkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

“Sekarang ni saya lebih kepada beraksi secara pemain profesional sahaja dan hanya bermain mewakili kelab. Jadi, saya tak akan berhenti dalam sukan badminton.

“Namun, memandangkan sekarang ini tiada kejohanan yang dianjurkan, kini tumpuan pada nyanyian sahaja,” ujar bekas penuntut Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.

Mengenai penglibatannya sebagai penyanyi pula, Syahmi memberitahu dia sememangnya sangat meminati bidang nyanyian.

Jelasnya, dia begitu minat dengan nyanyian sejak kecil dan pada masa sama bakatnya dalam sukan badminton turut menyerlah, sama seperti abang dan adiknya yang turut mewakili negara.

“Sejak kecil saya dah tunjuk minat nak jadi penyanyi, tetapi keluarga bagi saranan supaya cuba dalam sukan badminton. Perasaan ketika itu agak berbelah bahagi antara kedua-duanya.

“Ternyata bakat saya dalam badminton semakin menonjol dan kemudian diterima bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil sejak tingkatan satu hingga lima,” ujarnya.

Mengenai perkembangan terbaharu, dia menjelaskan baru sahaja melancarkan sebuah single iaitu Mungkir untuk OST drama Perempuan Tanpa Dosa serta akan bersaing dalam rancangan Lagu Cinta Kita (LCK) di TV3.

“Untuk penyertaan dalam rancangan LCK, saya akan buat yang terbaik. Paling penting saya perlu sentiasa bersedia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Syahmi Irfan Fokus Nyanyian, Keluar Skuad Badminton Negara Akibat Kecederaan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.