Ads Top

Penyanyi & Pendakwah Muda Ditahan Polis Disyaki Terlibat Kes Rogol

Polis telah menahan seorang pendakwah yang juga penyanyi malam tadi setelah disyaki terbabit dalam kes rogol seorang wanita pada tahun lalu di Shah Alam, Selangor.

Menerusi laporan Malaysia Gazzette, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar pukul 11 malam selepas hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, susulan laporan polis yang dibuat mangsa rogol pada Rabu lalu.

“Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.

“Mangsa telah dirogol oleh saspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada keesokan hari, selepas kejadian iaitu 12 September 2019 lalu sekitar jam 6.40 pagi, suspek telah didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.

Menurut beliau, saspek terus menghantar mangsa ke bawah lobi apartment dan mangsa menaiki Grab untuk pulang ke rumah sewa mangsa di Subang Jaya.

Bagaimanapun pada 23 September 2019 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.

“Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

“Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut. – KopiPlanet

The post Penyanyi & Pendakwah Muda Ditahan Polis Disyaki Terlibat Kes Rogol appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.