Majlis Akad Nikah Di Kelantan Dibenar Dengan Kehadiran 20 Orang Sahaja
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah mengumumkan majlis akad nikah di negeri tersebut dibenarkan dengan kehadiran 20 orang tetamu sahaja.
Bilangan ini adalah termasuk seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali dan dua orang saksi.
Majlis pernikahan boleh dijalankan di premis persendirian masjid atau surau dengan mengambil kira penjarakan sosial. Bagaimanapun, majlis resepsi dan pertunangan tidak dibenarkan.
Penetapan ini juga termasuk penangguhan kursus praperkahwinan sepanjang PKPB ini.
Manakala, perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara masih berjalan, namun secara atas talian.
SOP ini berkuatkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu sehingga 6 Disember 2020.
Sumber:
JAHEAIK
The post Majlis Akad Nikah Di Kelantan Dibenar Dengan Kehadiran 20 Orang Sahaja first appeared on Tazkirah.
No comments: