#62 – Malas Boleh Jadi Satu Penyakit, Ini Tips Atasinya
Dalam sebuah kajian oleh Dr. Richard Weiler melalui British Journal of Sports Medicine menyebut bahawa malas boleh dikategorikan sebagai satu penyakit.
Hal ini kerana, bermula dari rasa malas, ia boleh memberi impak yang besar kepada diri dengan ‘menjemput’ penyakit-penyakit lain seperti obesiti, diabetis dan hipertensi.
Namun, tidak semua orang akan mengalami sikap rajin sepanjang masa, pasti akan ada waktu-waktu dirinya dirudung rasa malas . Tetapi, ia perlu dikawal kerana perasaan malas yang berlebihan akan membuatkan seseorang hilang motivasi untuk berusaha dan memajukan diri.
Bagaimana rasa malas ini boleh timbul? Salah satunya adalah kerana mempunyai gaya hidup yang kurang betul. Apabila gaya kehidupan tidak dijaga dengan baik, inilah yang boleh mengundang kepada sifat ini.
Jadi, salah satu cara untuk merawat sikap malas ini adalah dengan mengubah gaya hidup anda.
Entri kali ini akan membawakan kepada anda beberapa tips yang boleh dilakukan sebagai langkah awal untuk merawat masalah ini.
#1 – Ambil sarapan pada waktunya – Sarapan adalah perkara yang paling penting dan tidak boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan, ia boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah melonjak dan menyebabkan otak lambat serta sukar untuk fokus.
#2 – Elak makan sebelum tidur – Makan sebelum tidur boleh menyebabkan badan anda mudah merasa lemah kerana tiada aktiviti susulan yang dilakukan.
Kandungan gula dalam makanan boleh membuatkan tubuh mengeluarkan hormon insulin yang akan menyebabkan tidur tidak nyenyak dan anda akan bangun pagi dalam keadaan tidak bermaya.
#3 – Amalkan pola pemakanan yang betul – Pola pemakanan perlulah betul berdasarkan piramid makanan yang membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh.
Jika tubuh kekurangan karbohidrat, protein atau vitamin, pastinya ia boleh memberi kesan kepada tenaga manusia. Disebabkan itu, amat penting untuk kita menjaga diet yang seimbang.
Kemalasan yang datang itu perlu dikawal. Ia bukanlah bermaksud anda perlu rajin setiap hari, namun jangan dilayan perasaan malas itu kerana bimbang ia akan meragut semangat dan motivasi dari dalam diri anda.
#Menuju2021
#PE1H
The post #62 - Malas Boleh Jadi Satu Penyakit, Ini Tips Atasinya first appeared on Tazkirah.
No comments: