Kerajaan Menerima Baik Keputusan Menunaikan Umrah, SOP Akan Diteliti
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerima baik keputusan Arab Saudi yang membenarkan ibadah umrah kepada umat Islam untuk dilakukan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kerajaan akan bekerjasama dan berharap agar umat Islam di Malaysia akan diberi peluang menunaikan umrah.
Bagaimanapun, kerajaan juga akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan perkara ini.
Hal ini adalah disebabkan situasi semasa COVID-19 yang perlu diteliti dan ditimbang tara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya situasi di Malaysia.
SOP ibadah umrah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi akan diteliti dari semasa ke semasa sekali gus akan memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia terjamin.
Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
The post Kerajaan Menerima Baik Keputusan Menunaikan Umrah, SOP Akan Diteliti first appeared on Tazkirah.
No comments: