Ads Top

Kembali Bertudung, Peminat Doakan Nina Iskandar Terus Istiqamah

Pelakon Nina Iskandar dikatakan sudah kembali berhijab apabila memuat naik gambarnya dengan imej bertudung di laman Instagramnya.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, sebelum ini pernah tampil dengan imej bertudung pada 2014 namun membukanya semula setahun selepas itu.

Penampilan terbaharu Nina itu mendapat reaksi positif daripada peminatnya yang mendoakan agar aktres kelahiran Brunei itu terus istiqamah sekiranya dia kembali berhijab.

Meskipun menerima pelbagai soalan yang bertanyakan adakah dia sudah kembali bertudung, nampaknya Nina lebih selesa mendiamkan diri daripada memberikan sebarang jawapan balas terhadap pertanyaan netizen.

Nina berkahwin dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 10 bulan. – KopiPlanet.com

The post Kembali Bertudung, Peminat Doakan Nina Iskandar Terus Istiqamah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.