Ads Top

Karisma Kapoor Kongsi Gambar Kenangan Bersama Diego Maradona

Berita kematian legenda bola sepak dunia dari Argentina iaitu Diego Maradona pada usia 60 tahun pastinya mengejut seluruh peminatnya.

Salah seorang pelakon ternama Bollywood, Karisma Kapoor turut merasai kehilangannya dengan berkongsi gambar bersama mendiang di Instagram miliknya.

“Adalah satu kebanggaan dapat bertemu dengan legenda ini. RIP #diegomaradona,” tulisnya.

Pertemuan antara Karisma dan pemain bola sepak itu dipercayai berlaku pada tahun 2015.

Ketika itu kedua-duanya hadiri semasa majlis pelancaran  kedai barang kemas Boby & Maradona Gold Diamond yang berlangsung di Nu Sentral, Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

The post Karisma Kapoor Kongsi Gambar Kenangan Bersama Diego Maradona appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.